Monday, February 14, 2011

PENGENALAN PROJEK

   Mencanai ialah proses pembuangan logam dengan menggunakan roda pencanai yang berputar. Roda pencanai diperbuat daripada bahan pelelas yang di ikat oleh bahan pengikat. Dua proses mencanai yang utama ialah proses penajaman dan proses mencanai jitu. Proses penajaman di gunakan untuk menajamkan alat pemotong seperti pahat, mata alat mesin larik, mata gerudi, pisau dan lain-lain lagi. Proses mencanai jitu pula di gunakan dalam industri bagi menghasilkan kemasan permukaan yang baik serta ukuran yang tepat.

        Mesin pencanai meja mempunyai dua roda pencanai, iaitu satu jenis halus dan satu jenis kasar. Biasanya mesin pencanai jenis ini di boltkan pada meja kerja dan digunakan untuk mencanai alat pemotong seperti pahat, mata alat mesin larik, pisau dan lain-lain lagi.
JENIS-JENIS MESIN PENCANAI

No comments:

Post a Comment