Kami mengharapkan alat yang akan dihasilkan ini dapat membantu untuk melindungi pengguna daripada terdedah dengan bahaya.
Kami juga mengharapkan alat yang akan diciptakan ini dapat diterima oleh pihak-pihak berkenaan seperti kilang-kilang dan bengkel-bengkel bagi tujuan mengutamakan keselamatan semasa bekerja.
Friday, May 20, 2011
Ciri-ciri Projek
ÒKeselamatan
hMempunyai sistem brek yang dapat menghentikan mesin serta merta sekiranya timbul tanda-tanda kemalangan yang akan berlaku.
ÒErgonomik
hMenggunakan kaki untuk menghidupkan sistem brek.
Bahan-bahan Utama Projek
ÒBrake Caliper
hJenis brek yang digunakan “Typical Motorcycle Rear Brake Caliper”
hNama brek Yamaha 125 Rear Brake Caliper
ÒBracket
ÒOil cylinder & Oil bottle
ÒDisk plate
ÒLimit suis & Contactor
ÒKepingan plat (Mild Steel, Carbon steel)
Kriteria Pemilihan Brek Cakera
ÒTahan lasak, tahan lama, tahan geseran.
ÒMencengkam piring brek dengan kuat.
ÒTidak terlalu mahal.
ÒMudah diperolehi.
ÒJenis brek yang digunakan “Typical Motorcycle Rear Brake Caliper”
ÒNama brek Yamaha 125
Rear Brake Caliper
Friday, February 18, 2011
MASALAH SERTA BUKTI
- Kemalangan yang teruk boleh berlaku semasa penggunaan mesin canai bangku.
- Antara kesan kemalangan yang berlaku semasa penggunaan mesin canai bangku ialah:-
- Jari terputus
- Kulit terhiris
KAJIAN TERPERINCI MESIN CANAI BANGKU
Masa yang diperlukan untuk mata alat berhenti selepas menutup suis di mesin :-
- Ujian pertama = 45 saat
- Ujian kedua = 44 saat Tanpa Rintangan
- Ujian ketiga = 46 saat
- Purata masa = 45 saat
- Ujian pertama = 11 saat
- Ujian kedua = 9 saat Ada Rintangan(Besi)
- Ujian ketiga = 10 saat
- Purata masa = 10 saat
SPESIFIKASI MESIN CANAI BANGKU
KAJIAN AWAL
Di dalam bidang kejuruteraan pembuatan, terdapat pelbagai jenis mesin yang telah digunakan terutamanya di bahagian kerja-kerja pembuangan logam yang menggunakan mesin seperti mesin canai bangku ini.
Walaupun teknologi sedang meningkat, masih ada lagi perkara-perkara penting ditempat kerja yang diketepikan seperti hal keselamatan.
Tempat kerja dan benda kerja yang kurang selamat juga boleh mengakibatkan kemalangan yang akan memudaratkan.
Monday, February 14, 2011
SKOP PROJEK
OBJEKTIF PROJEK
- Merekabentuk sesuatu produk bagi tujuan mengurangkan kecederaan dari berlaku lebih teruk.
- Menghasilkan sesuatu produk bagi tujuan membantu memberhentikan mesin canai dengan lebih cepat selepas digunakan.
PENGENALAN PROJEK
Mencanai ialah proses pembuangan logam dengan menggunakan roda pencanai yang berputar. Roda pencanai diperbuat daripada bahan pelelas yang di ikat oleh bahan pengikat. Dua proses mencanai yang utama ialah proses penajaman dan proses mencanai jitu. Proses penajaman di gunakan untuk menajamkan alat pemotong seperti pahat, mata alat mesin larik, mata gerudi, pisau dan lain-lain lagi. Proses mencanai jitu pula di gunakan dalam industri bagi menghasilkan kemasan permukaan yang baik serta ukuran yang tepat.
Mesin pencanai meja mempunyai dua roda pencanai, iaitu satu jenis halus dan satu jenis kasar. Biasanya mesin pencanai jenis ini di boltkan pada meja kerja dan digunakan untuk mencanai alat pemotong seperti pahat, mata alat mesin larik, pisau dan lain-lain lagi.
JENIS-JENIS MESIN PENCANAI |
TITLE PROJECT
FINAL YEAR PROJECT
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA
PASIR MAS, KELANTAN
BRAKING SYSTEM FOR
BENCH GRINDER MACHINE
Subscribe to:
Posts (Atom)